gravatar

MISI AKRAB

1.Membantu dan mendorong pelajar untuk mencapai kejayaan
2.Membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran
3.Membantu pelajar untuk mengenal kemampuan diri
4.Memberi pendedahan tentang pelajaran
5.Membantu para pelajar untuk berfikir secara rasional

gravatar

SEJARAH PENUBUHAN AKRAB

Persatuan ini mula ditubuhkan pada 15.04.2008 hasil daripada gabungan pemikiran Alumni Persatuan Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas 2007 (SMKDM). Pada awalnya idea ini dicetuskan oleh Mantan Presiden Persatuan Prauniversiti SMKDM, iaitu Mohd Taufiq Afira Bin Abd Rashid. Idea yang dicetuskan selanjutnya dikemukakan kepada beberapa ahli yang lain.

Melalui perbincangan yang diadakan, kami telah mendapat kata sepakat untuk merealisasikan idea tersebut sehingga berjaya menubuhkan persatuan yang diberi nama Persatuan AKRAB serta menggunakan trade mark iaitu generasi pemikiran global sebagai ciri-ciri khusus kepada persatuan ini. Hasil daripada kesungguhan dan komitmen yang diberikan persatuan ini berjaya mewujudkan satu organisasi yang mantap untuk memastikan segala perancangan dan perlaksanaan program yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar. Kewujudan organisasi ini dapat mewujudkan satu sistem yang bersistematik supaya setiap program yang di akan dilaksanakan terhasil dengan jayanya.

Melihatkan kepada penubuhan persatuan yang masih baru, ianya memerlukan pihak kami melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa. Justeru, untuk meningkatkan mutu kejayaan program, perbincangan sering diadakan diantara sesama ahli bagi mendapatkan inovasi-inovasi baru yang membawa kepada pemantapan sesuatu program yang akan dijalankan.